Wednesday 10 October 2012

  1. REFLEKSI MINGGU KE-3
    Assalamulaikum dan selamat sejahtera.
                    
    Pada minggu ke3,kelas hari khamis iaitu pukul 11 telah ketiadaan Puan Fariza yang telah berkursus ke Brunei.Kelas tersebut telah digantikan oleh Dr Siti Fatimah yang merupakan ketua penyelaras subjek komputer dalam pendidikan.Dr Siti telah hadir ke kelas untuk menerangkan satu lagi perisian komputer iaitu pengunaan Drobox,pengatahuan tentang Sistem Pengurusan Pembelajaran/kursus (C/LMS)dan membuat laporan mengunakan Google Document.

                            


    Aplikasi DropBox merupakan aplikasi yang boleh menyimpan maklumat atau data dengan selamat tanpa sebarang kehilangan atau serangan virus. Aplikasi ini juga jauh lebih baik daripada penggunaan USB drive yang mendatangkan risiko kehilangan,kecurian dan serangan virus. Dengan menyimpan data atau maklumat dalam DropBox,ianya akan lebih selamat. Aplikasi ini bukan sahaja boleh menyimpan data malah boleh juga menyimpan gambar ataupun video.




    Manakala LMS pula adalah merupakan sebuah aplikasi perisian untuk pentadbiran,dokumentasi,dan laporan program latihan,kelas serta aktiviti dalam talian,e-learning program dan kadar latihan.Kenapa LMS dijalankan..??LMS dijalankan bertujuan untuk memudahkan penyampaian kursus atas talian.Selain itu,LMS turut menjadi tarikan kerana kos relatifnya agak rendah dan tahap kemahiran pengguna yang diperlukan juga agak asas.Dimana LMS digunakan...??LMG digunakan di sekolah dan institusi pengajian tinggi.Siapa yang menggunakan LMS..??LMS digunakan oleh pelajar di sekolah,pelajar di institusi pengajian tinggi,guru,pensyarah,pihak pentadbir dan staf-staf pendidik.Bagaimana LMS digunakan..??LMS digunakan untuk merancang e-Bahan,megesan pencapaian pelajar dan mengesan status penngunaan pengguna.


No comments:

Post a Comment