Saturday, 22 December 2012

REFLEKSI MINGGU KE 14

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia.

Sebelum saya ingin memulakan coretan saya terlebih dulu saya ingin mengambil kesempatan ingin mengucapkan ribuan terima kasih tak terhingga kepada Puan Fariza yang telah banyak memberi tunjuk ajar dan memberi dorongan kepada saya di dalam subjek Komputer dalam pendidikan.Juga tidak dilupakan kepada kawan-kawan sekelas yang  banyak membantu saya dalam menyiapkan tugasan malah turut memberi tunjuk ajar kepada saya jika saya tidak mengatuhui sesuatu benda.Alhamdulilah minggu ini merupakan kelas terakhir saya untuk mempelajari imu komputer di mana saya telah banyak memperolehi banyak ilmu yang berguna dalam kelas ini.Rasa berat di hati saya ingin meningalkan kelas ini di mana kleas ini telah mengajar saya berdikari malah telah mewujudkan sikap berkerjasama di dalam kumpulan,

Pada minggu ini Kelas GE1155 telah ketiadaan Puan Fariza kali ke3 di mana Puan telah mengamalami masalah kesihatan iaitu kidney infection dan beliau telah memberi tugasnya kepada Cik Mazalah.Pengajaran pada minggu ini kami telah diberi tunjuk ajar oleh Cik Mazalah iaitu pengunaan Microsoft Excel dalam melakukan kerja seperti membina jadual, tujuan pembinaan penyata akaun atau markah peperiksaan dengan cara yang mudah.Di bawah ini saya akan menceritakan untuk membuat Spreadsheet mengenai markah pelajar di dalam microsoft Office Excel..


                                                


Langkah-langkahnya adalah...
~Masukkan nama,matapelajaran dan markah pelajar terlebih dahulu..





  Tugasan kali ini memerlukan kami untuk mngaplikasikan formula pengiraan yang terdapat di dalam Microsoft Excel ni contohnya seperti :


  • Sum         >Jumlah
  • Max          > Markah Tertinggi
  • Min           > Markah terendah
  • Average   > Purata
  • STDev     >Sisihan piawaian
  • Median    > Titik tengah
  • Mode       >Mod
  • Countif     > Untuk menentukan bilangan pelajar mengikut gred
  • VLookup  > Untuk menentukan gred

Selepas itu,saya terus menaip Average..Untuk pengiraan Average, rumus yang di gunakan adalah...dengan menaip...=Average(tarik markah bahasa melayu) dan pengiraan untuk seterusnya adalah dengan menarik Average yang telah di dapati di bawah subjek Bahasa Melayu tersebut.






~ Selepas selesai mengira Average,saya terus membuat Standart Devision...Formula yang digunakan untuk membuat Standart Devision adalah...(lihat gambar di bawah..)







~ Selepas itu,saya perlu menyediakan nilai minimum dan maximum di bawah Standart devision tersebut,,Untuk membuat nilai maximum dan minimum..,formula yang saya gunakan adalah seperti yang berikut...


Cara untuk mengira nilai minimum





Cara untuk mengira nilai maximum




~Selepas itu,saya memasukkan Jadual seterusnya,iaitu Jadual Markah Gred..





~ Seterusnya untuk mengisi gred pelajar di bahagian tepi markah pelajar adalah dengan menggunakan langkah demi langkah yang stretegik..antaranya,saya perlu menggelapkan bahagian Jadual Markah Gred..(lihat gambar di bawah)





~Selepas itu,saya menggunakan formula yang di ajar oleh Dr..iaitu,klik -> pada petak untuk mengisi gred..klik     ..->VLOOKUP...dan masukkan formula..(lihat gambar yang menunjukkan cara-cara untuk membuat gred bagi semua markah pelajar..




~Ulang Formula VLOOKUP tadi bagi semua matapelajaran dan tarikh sehingga nama pelajar terakhir.


~ Akhirnya...Di tepi jadual di atas,ditulis matapelajaran bagi semua subjek..untuk memasukkan Gred bagi semua matapelajaran memerlukan cara yang agak rumit,langkah-langkahnya adalah...saya perlu menggunakan formula berikut untuk mengira Jumlah pelajar berdasarkan sesuatu gred.. 
Berikut merupakan cara yang telah di gunakan untuk mengira formula ini...




~Selepas semuanya siap,tarik mengikut matapelajaran dan ulang semula langkah tersebut..


~ Seterusnya untuk menambahkan lagi pengetahuan,saya terus gelapkan semua jumlah markah dan gred,dan klik kepada -> Conditional Formating -> Top/Bottom rules -> Above Average..(lihat gambar di bawah..)




Hasilnya adalah seperti berikut..




.~ seterusnya,anda boleh mencantikkan lagi spreadsheet anda dengan meletakkan warna dan tulisan yang di anggap menarik..Alhamdullilah..Hasil spreadsheet saya adalah seperti berikut...




~Langkah yang terakhir sekali bagi tugasan ini adalah...membuat graf berdasarkan spreadsheet tersebut..Untuk membuat graf,saya perlu klik -> insert -> column -> Pilih graf yang sesuai.. (lihat cara secara lebih terperinci melalui gambar di bawah)




~Selepas memilih graf yang sesuai,keluarlah graf yang cantik,





Tugasan pada minggu ini amat memerlukan kesabaran yang sangat tinggi..Banyak pekara baru yang telah di pelajari dan saya percaya ia sememangnya akan saya gunakan kelak sebagai seorang guru..InsyaAllah.Dan akhir kata saya amat bersyukur atas ilmu saya pelajari di dalam komputer dalam pendidikan selama 14 minggu yang merupakan ilmu yang berharga buat diri saya.Setakat itu sahaja coretan saya pada minggu ini dan jika ada salah dan silap saya meyusun sepuluh jari ingin memohon maaf atas kekurangan pada blog saya ini dan pada diri saya juga.


Kalaw ada sumber di ladang,

boleh hamba betumpang mandi,
kalaw ada umur yang panjang,
boleh kita berjumpa lagi...

Sekian,Terima Kasih




























Wednesday, 19 December 2012

REFLEKSI MINGGU KE 13

Assalamulaikum dan salam satu Malaysia

      Nampaknya sudah minggu ke 13 saya telah mempelajari ilmu komputer dalam pendidikan ini.Nampaknye tinggal seminggu je lagi saya akan  berada di dalam kelas ini dengan coretan saya setiap minggu di dalam blog.Daripada minggu pertama sampailah sekarang saya telah bejaya menguasai ilmu kompoter dimana sebelum ini saya di kampung tidak tahu lansung untuk menggunakan komputer.Yang saya tahu bemain face book sehinggakan saya tidak tahu banyak benda yang saya boleh perolehi dalam dunia IT yang serba canggih ini.Barulah saya mengerti perkataan yang di keluarkan oleh masyarakat di mana maklumat di hujung jari.So perkataan tersebut amat bersesuian dimana maklumat diperolehi dengan mudah sekali.
   
     Kelas pada minggu ini saya telah didedahkan dengan dengan menggunakan Microsoft PowerPoint dan menyediakan sekurang-kurangnya empat soalan objektif berdasarkan tajuk yang telah diberikan dulu. Tajuk kumpulan kami ialah Netiquette. Kami hanya perlu menambahbaikan sahaja slide show tersebut dengan memasukkan minimum empat soalan yang berkaitan dengan tajuk kumpulan kami.


                      


Semasa pembikinan slideshow tersebut kami perlu menerapkan unsur-unsur grafik, video, audio dan menggunakan teknik yang berkesan untuk menjadikan persembahan atau slideshow tersebut menjadi lebih menarik seperti menggunakan teknik CASPER dan juga GUI.

Untuk memudahkan pengguna, kita boleh meletakkan link kepada sesuatu perkataan atau objek dan membolehkan ianya terus ke page yang kita inginkan.Ini sangat memudahkan kerana kita tidak perlu mencari page yang kita inginkan semasa mempersembahkan slideshow kita kepada orang ramai sekali gus dapat menjimatkan masa.

Sebagai contoh, semasa pengguna menjawab soalan yang diberi, pengguna perlu klik pada pilihan jawapan.Jika pengguna klik pada pilihan jawapan yang tepat, maka jawapan tersebut terus bawa kepada satu page yang menyatakan ' TAHNIAH,ANDA MEMENANGI WANG 8000 RIBU' dan seterusnya ia akan kembalikan kepada page hadapan untuk menjawab soalan yang berikutnya.Jika pengguna klik pada pilihan jawapan yang salah maka jawapan tersebut terus bawa kepada satu page yang menyatakan 'MAAF, JAWAPAN ANDA SALAH'.dan ai akan bebalik kepada soalan itu semula sehingga jawapan itu betul.



Langkah untuk meletakkan link
  • Highlight pada perkataan atau objek yang kita ingin link kepada muka surat lain
  • Klik 'insert'
  • Klik 'hyperlink'
  • Klik 'place in this document'
  • Klik pada muka surat yang kita ingin link
  • Klik 'ok'



setakat itulah refleksi saya pada minggu ini.'Selamat membaca'. 







Saturday, 15 December 2012

REFLEKSI MINGGU KE 12

Assalamualaikum kepada pembaca yang sering mengikuti coretan saya pada setiap minggu.Pada minggu ini,kelas komputer dalam pendidikan telah dibatalkan oleh kerana Puan Fariza  tidak sihat.Namun begitu,Puan Fariza telah menyediakan tugasan seperti di dalam profoma yang ditetapkan.Tugasan pada minggu ini adalah tengtang bagaimana cara untuk menghasilkan paparan atau persembahan sacara berkesan.Sebagai contoh pengunaan CASPER dan GUI untuk menghasilkan power point yang menarik.Oleh itu saya akan menunjukkan cara pengunaan CASPER dan GUI dengan betul:


                                                 
Pada mulanya saya hanya dapat membayangkan cerita kartun yang mengisahkan tentang kehidupan hantu yang bernama Casper.Namun ternyata jangkaan saya salah sama sekali.Casper ini sebenarnya adalah satu teknik dalam membina persembahan elektronik powerpoint yang meliputi penyusuanan media seperti teks,garafik animasi dan video.Teknik ini penting untuk menghasilkan satu persembahan yang menarik,berkesan dan dapat merasang perhatian dan minat pengguna terhadap persembahan yang inginkan saya sampaikan.Singkatan perkataan Casper ialah:-

                                            


Contrast ( C )- Pengguna perlu bijak dari segi penggunaan warna, latar belakang, gambar dan penggunaan unsur-unsur lain supaya penghasilan persembahan atau reka bentuk dapat menaik minat seseorang


Contrast  boleh diaplikasikan dengan pelbagai cara. Antaranya ialah,
  •  font jenis besar dan jenis kecil
  •  font berlainan muka taip
  •  garis halus dan garis kasar
  •  warna sejuk dan warna hangat
  •  tekstur licin dan tekstur kasar
  •  unsur  mendatar dan unsur menegak
  •  garis berjauhan dan garis berdekatan satu sama lain
  •  grafik kecil dan grafik besar 
.
Alignment (susunan lurus)- Prinsip ini digunakan agar item-item yang diletakkan dalam muka perisian tidak kelihatan janggal dengan menyusun item-item yang ingin dipersembahkan supaya ia kelihatan seimbang. Item yang yang diletakkan mestilah berkaitan dengan visual antara satu sama lain di setiap paparan perisian.

Simplicity (Mudah)- Grafik dan animasi perlu ringkas dan dapat merangsangkan pengguna memahami maksud yang hendak disampaikan. Dengan kata lain sesuatu bahan grafik dan bahan yang diletakkan di atas muka perisian seharusnya dapat memudahkan penerokaan dan merangsangkan pemikiran. Visual yang dipilih perlulah ringkas, bersesuaian dengan pengguna dan mudah difahami. Dengan kata lain, penggunaan grafik dan elemen media dalam perisian yang dibina perlulah membantu pengguna melayari perisian dengan mudah. Sekeping gambar yang ringkas contohnya, lebih bermakna dari teks yang panjang lebar.

Proximity (Berhampiran)- Dalam prinsip ini, item yang digunakan dalam muka perisian perlulah dikumpulkan pada satu kawasan, supaya pengguna dapat melihat kesinambungan yang wujud antara item. Pengumpulan item membuatkan pengguna merasa selesa kerana item-item yang berkaitan dilihat sebagai satu kumpulan dan tidak terpisah-pisah. Oleh yang demikian, elemen ini akan menjadi satu unit visual daripada beberapa unit terpisah.

Emphasis (Penekanan)- Pembinaan perisian perlu menggunakan cara tertentu bagi memberi penekan terhadap perkara yang dirasakan penting. Pelbagai cara digunakan oleh pembangun perisian untuk menarik perhatian pengguna. Elemen yang digunakan mestilah elemen yang penting dan disarankan agar elemen yang digunakan tidak terlalu banyak bagi menarik perhatian pengguna kerana takut pengguna hanya fokus kepada elemen sampingan sahaja berbanding alemen yang ingin di sampaikan.

Repetition (Pengulangan)- Merupakan satu piawai antara muka perisian supaya pengguna akan dapat mentaksir dan memahami dengan mudah arahan yang diberikan oleh perisian. Pengulangan menggunakan persembahan media yang berlainan akan membantu pemahaman pengguna kerana pengguna lebih menyukai elemen-elemen multimedia kerana ia kelihatan menarik dan mudah difahami.