Saturday 22 December 2012

REFLEKSI MINGGU KE 14

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia.

Sebelum saya ingin memulakan coretan saya terlebih dulu saya ingin mengambil kesempatan ingin mengucapkan ribuan terima kasih tak terhingga kepada Puan Fariza yang telah banyak memberi tunjuk ajar dan memberi dorongan kepada saya di dalam subjek Komputer dalam pendidikan.Juga tidak dilupakan kepada kawan-kawan sekelas yang  banyak membantu saya dalam menyiapkan tugasan malah turut memberi tunjuk ajar kepada saya jika saya tidak mengatuhui sesuatu benda.Alhamdulilah minggu ini merupakan kelas terakhir saya untuk mempelajari imu komputer di mana saya telah banyak memperolehi banyak ilmu yang berguna dalam kelas ini.Rasa berat di hati saya ingin meningalkan kelas ini di mana kleas ini telah mengajar saya berdikari malah telah mewujudkan sikap berkerjasama di dalam kumpulan,

Pada minggu ini Kelas GE1155 telah ketiadaan Puan Fariza kali ke3 di mana Puan telah mengamalami masalah kesihatan iaitu kidney infection dan beliau telah memberi tugasnya kepada Cik Mazalah.Pengajaran pada minggu ini kami telah diberi tunjuk ajar oleh Cik Mazalah iaitu pengunaan Microsoft Excel dalam melakukan kerja seperti membina jadual, tujuan pembinaan penyata akaun atau markah peperiksaan dengan cara yang mudah.Di bawah ini saya akan menceritakan untuk membuat Spreadsheet mengenai markah pelajar di dalam microsoft Office Excel..


                                                


Langkah-langkahnya adalah...
~Masukkan nama,matapelajaran dan markah pelajar terlebih dahulu..





  Tugasan kali ini memerlukan kami untuk mngaplikasikan formula pengiraan yang terdapat di dalam Microsoft Excel ni contohnya seperti :


  • Sum         >Jumlah
  • Max          > Markah Tertinggi
  • Min           > Markah terendah
  • Average   > Purata
  • STDev     >Sisihan piawaian
  • Median    > Titik tengah
  • Mode       >Mod
  • Countif     > Untuk menentukan bilangan pelajar mengikut gred
  • VLookup  > Untuk menentukan gred

Selepas itu,saya terus menaip Average..Untuk pengiraan Average, rumus yang di gunakan adalah...dengan menaip...=Average(tarik markah bahasa melayu) dan pengiraan untuk seterusnya adalah dengan menarik Average yang telah di dapati di bawah subjek Bahasa Melayu tersebut.






~ Selepas selesai mengira Average,saya terus membuat Standart Devision...Formula yang digunakan untuk membuat Standart Devision adalah...(lihat gambar di bawah..)







~ Selepas itu,saya perlu menyediakan nilai minimum dan maximum di bawah Standart devision tersebut,,Untuk membuat nilai maximum dan minimum..,formula yang saya gunakan adalah seperti yang berikut...


Cara untuk mengira nilai minimum





Cara untuk mengira nilai maximum




~Selepas itu,saya memasukkan Jadual seterusnya,iaitu Jadual Markah Gred..





~ Seterusnya untuk mengisi gred pelajar di bahagian tepi markah pelajar adalah dengan menggunakan langkah demi langkah yang stretegik..antaranya,saya perlu menggelapkan bahagian Jadual Markah Gred..(lihat gambar di bawah)





~Selepas itu,saya menggunakan formula yang di ajar oleh Dr..iaitu,klik -> pada petak untuk mengisi gred..klik     ..->VLOOKUP...dan masukkan formula..(lihat gambar yang menunjukkan cara-cara untuk membuat gred bagi semua markah pelajar..




~Ulang Formula VLOOKUP tadi bagi semua matapelajaran dan tarikh sehingga nama pelajar terakhir.


~ Akhirnya...Di tepi jadual di atas,ditulis matapelajaran bagi semua subjek..untuk memasukkan Gred bagi semua matapelajaran memerlukan cara yang agak rumit,langkah-langkahnya adalah...saya perlu menggunakan formula berikut untuk mengira Jumlah pelajar berdasarkan sesuatu gred.. 
Berikut merupakan cara yang telah di gunakan untuk mengira formula ini...




~Selepas semuanya siap,tarik mengikut matapelajaran dan ulang semula langkah tersebut..


~ Seterusnya untuk menambahkan lagi pengetahuan,saya terus gelapkan semua jumlah markah dan gred,dan klik kepada -> Conditional Formating -> Top/Bottom rules -> Above Average..(lihat gambar di bawah..)




Hasilnya adalah seperti berikut..




.~ seterusnya,anda boleh mencantikkan lagi spreadsheet anda dengan meletakkan warna dan tulisan yang di anggap menarik..Alhamdullilah..Hasil spreadsheet saya adalah seperti berikut...




~Langkah yang terakhir sekali bagi tugasan ini adalah...membuat graf berdasarkan spreadsheet tersebut..Untuk membuat graf,saya perlu klik -> insert -> column -> Pilih graf yang sesuai.. (lihat cara secara lebih terperinci melalui gambar di bawah)




~Selepas memilih graf yang sesuai,keluarlah graf yang cantik,





Tugasan pada minggu ini amat memerlukan kesabaran yang sangat tinggi..Banyak pekara baru yang telah di pelajari dan saya percaya ia sememangnya akan saya gunakan kelak sebagai seorang guru..InsyaAllah.Dan akhir kata saya amat bersyukur atas ilmu saya pelajari di dalam komputer dalam pendidikan selama 14 minggu yang merupakan ilmu yang berharga buat diri saya.Setakat itu sahaja coretan saya pada minggu ini dan jika ada salah dan silap saya meyusun sepuluh jari ingin memohon maaf atas kekurangan pada blog saya ini dan pada diri saya juga.


Kalaw ada sumber di ladang,

boleh hamba betumpang mandi,
kalaw ada umur yang panjang,
boleh kita berjumpa lagi...

Sekian,Terima Kasih




























No comments:

Post a Comment