Friday, 30 November 2012

REFLEKSI MINGGU KE 11
Assalamulaikum dan selamat sejahtera.
Pejam celik pejam celik sudah minggu ke 11 saya mempelajari ilmu Komputer dalam Pendidikan.Pada pukul 9.30 iaitu pada hari khamis saya telah mendapat mesej daripada Puan Fariza mengatakan beliau hadir ke kelas agak lewat disebabkan beliau ada bengkel.Beliau menyuruh saya untuk memberitahu rakan-rakan lain.Alhmdulilah dengan komitmen yang diberikan oleh rakan2 mesej tersebut dapat disampaikan pada rakan2 lain.Proses pembelajan pada minggu ini saya telah didedahkan oleh Puan Fariza iaitu pengunaan Broshure. Untuk mencipta brosur kita haruslah membuka di microsoft office publisher.

Apa itu Broshure..??

Broshure atau sebagian orang menyebutnya dengan pamflet adalah selebaran (selembar kertas) yang berisi informasi tentang suatu produk atau jasa dari sebuah perusahaan, organisasi, yayasan atau informasi lainnya yang disusun secara sistematik. Yang hanya terdiri dari beberapa halaman yang dilipat tanpa menggunakan jilid.

Untuk menghasilkan Broshure, saya telah menggunakan aplikasi Microsoft Office iaitu Microsoft Publisher. Dengan menggunakan Microsoft Publisher ini, kita boleh memilih pelbagai design dan bentuk yang kita inginkan.Selain itu, cara penyediaanya pun sangat mudah.

                                                     


  Microsoft Publisher merupakan satu perisian penerbitan untuk menghasilkan beberapa jenis penerbitan yang kita inginkan seperti :-


  • Business Card
  • Brochures                                             
  • Calendars
  • Greeting Cards 
  • Labels
  • Newsletters
  • Postcards


                                      
 Antara cara-cara untuk menghasilkan brosur  

Step1 
Masuk ke Microsoft Publisher

                                    

Step 2

Langkah seterusnya adalah kita harus berfikir tentang apa yang kita hendak lakukan. contoh, saya akan mewujudkan Brosur. Jadi saya mestilah klik pada 'Brochures' seperti rajah di bawah.


                                                   


Step 3

Seterusnya, Terdapat pelbagai jenis broshure design yang anda boleh pilih didalam Microsoft Publisher ini. Saya telah memilih salah satu daripadanya.

                                             



Step 4

Masukkan butiran seperti tajuk,nama, tarikh,, aktiviti yang akan dijalankan, matlamat program dan lain-lain butiran yang diperlukan.Disini saya serta kan brosur yang sudah dimasukkan maklumat dan gambar-gambar yang berkenaan.

                                          




Inilah adalah contoh brosur yang telah dihasikan oleh saya:-




Langkah seterusnya brosur yang telah siap haruslah disimpan dalam bentuk postcript atau pdf  untuk dicetak. Setakat itulah coretan saya pada miggu ini iaitu tentang penghasilan Brosur dalam microsoft publisher.


selamat mencuba



























Sunday, 25 November 2012

REFLEKSI MINGGU KE 10
Assalamulaikum dan selamat sejahtera.
Pada minngu ke 10 ini saya telah memepelajari satu lagi ilmu yang bermakna dalam subjek komputer dalam pendidikan dimana saya telah diterangkan mengenai Multimedia oleh Puan Fariza.Antara elemen multemedia ialah;-


  • Teks
  • Video
  • Grafik
  • Audio
  • Animasi
                                     
Apa itu multimedia..
Multimedia adalah kombinasi dari komputer dan video atau multimedia secara umum merupakan kombinasi tiga elemen aitu, suara, gambar dan teks atau multimedia adalah kombinasi dari paling sedikit dua media input atau output dari data, media ini dapat berupa audio (suara,musik), animasi, video, teks, grafik dan gambar atau multimedia merupakan alat yang menciptakan presentasi yang dinamis dan interaktif yang mengkombinasikan teks, grafik, animasi, audio dan gambar video. 

Multimedia adalah pemanfaatan komputer untuk membuat dan menggabungkan teks, grafik, audio, video dan animasi dengan menggabungkan link dan tool yang memungkinkan pemakai melakukan navigasi, berinteraksi, berkreasi dan berkomunikasi. Dalam definisi ini terkandung empat komponen penting multimedia. Pertama, harus ada komputer yang mengkoordinasi apa yang dilihat dan didengar yang berinteraksi dengan kita. Kedua, harus ada link yang menghubungkan kita dengan informasi. Ketiga, harus ada alat navigasi yang memandu kita, menjelajah jaringan informasi yang saling terhubung. Keempat, multimedia menyediakan tempat kepada kita untuk mengumpulkan, memproses dan mengkomunikasikan informasi dan ide kita sendiri. Jika salah satu komponen tidak ada, maka bukan multimedia dalam arti luas namanya. Misalnya jika tidak ada komputer untuk berinteraksi maka itu namanya media campuran, bukan multimedia. Jika tidak ada link yang menghadirkan sebuah struktur dan dimensi, maka namanya rak buku, bukan multimedia. Kalau tidak ada navigasi yang memungkinkan kita memilih jalannya suatu tindakan maka itu namanya film, bukan multimedia.

Demikian juga jika kita tidak mempunyai ruang untuk berkreasi dan menyumbangkan ide sendiri, maka namanya televisi, bukan multimedia. Dari definisi diatas, maka multimedia ada yang online (internet) dan multimedia yang offline (tradisional).

Eleman multimedia:-

Grafik 
Grafik merupakan medium yang digunakan untuk menyampaikan maklumat secara berkesan. Grafik merupakan lukisan atau gambar pegun yang statik serta tidak bergerak. Terdapat dua jenis bentuk grafik iaitu grafik vektor dan grafik bitmap. Format fail yang mewakili grafik adalah GIF (Grafik Interchange Format), JPEG (Joint Photograhic Expert Group) dan GIF (Graphic Interchange Format)). Aplikasi yang digunakan dalam grafik mampu untuk menarik perhatian serta menimbulkan rasa ingin lebih mendekati cara penyampaian yang disampaikan melalui bahan grafik tersebut.
Grafik mempunyai elemen-elemen tertentu seperti garisan yang memberikan penekanan kepada sesuatu mesej yang ingin disampaikan. Seterusnya dari segi bentuk yang mampu memberikan kesan khas dan minat kepada persembahan. Elemen seterusnya iaitu ruang yang memberi kesan yang baik kepada sesuatu paparan berperanan untuk mengibangi sesuatu persembahan agar seimbang serta tidak terlalu padat.
Video
Video adalah teknologi untuk menangkap, merakam, memproses, mentransmisikan dan menata ulang gambar bergerak. Video juga dikatakan sebagai gabungan gambar-gambar mati yang dibaca berurutan dalam suatu waktu dengan kecepatan tertentu. Gambar-gambar yang digabung tersebut dinamakan frame dan kecepatan pembacaan gambar disebut dengan frame rate. Semakin besar nilai frame rate maka akan semakin halus pergerakan yang ditampilkan.Video adalah merupakan satu medium yang berkesan untuk menyampaikan satu persembahan atau maklumat.
Video dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu video analog dan video digital.Video analog merupakan video yang diaplikasikan dalam bentuk isyarat video televisyen, video tape, dan filem. Manakala video digital pula merupakan video yang diaplikasikan melalui isyarat video analog yang telah didigitalkan dalam bentuk format numerik.
Audio
Elemen audio merujuk kepada rakaman bunyi, suara dan muzik yang mengeluarkan kesan bunyi daripada penghasilan gelombang melalui udara. Penggunaannya mampu menjadi daya penarik yang berkesan untuk menarik perhatian seseorang bagi memudahkan penerangan dan penjelasan kepada sesuatu makluamt atau informasi.

Format Fail Untuk Grafik

Disini terdapat beberapa contoh jenis format file untuk Grafik iaitu :-

BMP (.*BMP)

  • Menghasilkan kualiti gambar yang paling baik kerana resolutionnya besar tetapi memerlukan ruang yang banyak kerana saiz file besar.


JPEG (*.JPG,*.JPE)

  • Kualiti gambarnya adalah kurang kerana resolutionnya adalah kecil tetapi ianya hanya memerlukan ruang yang kecil.
  • Menyebabkan gambar menjadi 'loosy' atau gambar menjadi kabur dan berpecah-pecah apabila dibesarkan.Pengguna boleh menggunakan Image Converter untuk menukarkan format file JPEG kepada BMP dan sebagainya.


PNG (*.PNG)

  • PNG adalah format gambar yang sangat baik untuk grafik internet, kerana menyokong ketelusan dalam pelayar (browser) dan mempunyai keindahan tersendiri yang tidak boleh diberikan GIF atau bahkan JPG.



Setelah selesai dengan pembelajaran tentang multimedia, kami didedahkan pula dengan penggunaan aplikasi-aplikasi yang terdapat dalam Microsoft Paint, GIMP, dan Microsoft PowerPoint. Kami diajar dan di terangkan oleh Puan Fariza tentang bagaiman cara untuk menggunakan aplikasi-aplikasi tersebut. Proses pembelajaran kami pada minggu ini lebih terarah kepada pembelajaran secara praktikal. Kami perlu faham terlebih dahulu seperti contoh melihat video rujukan sebelum membuat dan memulakan aktiviti kami.

GIMP
Perisian percuma ini lebih sinonim dengan Adobe Photoshop. Ianya adalah perisian alternatif setanding dengan Adobe Photoshop (berharga RM2600) dan amat sesuai bagi anda yang memerlukan perisian untuk edit gambar, membuat grafik, kesan khas , lakaran dan sebagainya tetapi dengan kos yang percuma. Anda tidak semestinya perlu membeli perisian mahal untuk hasil kerja yang lebih baik.Perisian ini amat sesuai kepada usahawan internet dan usahawan kecil untuk membuat website dan grafik yang menarik. Perisian ini juga sesuai digunakan bersama NVU.


Antara ciri-ciri menarik dalam GIMP ialah:

  • Perisian melukis lengkap dengan brush,pensil,airbrush,cloning dan lain-lain
  • Plug-in untuk memudahkan membuat kesan khas
  • Menyokong penuh Alpha channel
  • Mempunyai fungsi layer dan channel
  • Mempunyai keupayaan Advance Scripting
  • Fungsi Transformasi termasuk rotate,scale,shear dan flip
  • Pelbagai format imej standard termasuk GIF, JPEG, PNG, XPM, TIFF, TGA, MPEG, PS, PDF, PCX, BMP dan banyak lagi
  • Menukar format imej kepada pelbagai format imej yang lain


                                            
setakat itulah saya pelajari pada minggu ke 10 dimana saya telah mempelajari tentang penggunaan gimp dan multimedia.Setakat itu sahaja coretan saya pada minggu ini.sekian terima ksih..heheheh

Monday, 12 November 2012

REFLEKSI MINGGU KE-9
Assalamulaikum dan selamat sejahtera.
Pada minggu ke9 sebelum kami bercuti,kami telah didedahkan oleh Puan Fariza mengenai data kualitatif dimana fungsinya lain sama sekali dengan data kuantitatif.Merujuk tentang data kuantitatif data tersebut lebih cenderong dengan nombor,peratusan dan perpuluhan.Manakala Kualitatif pula lebih menerangkan aspek bukan dalam bentuk angka dan ianya haruslah membuat penilitian sebelum data dipungut dan hasilnya haruslah dibuat dalam ayat.Antaranya cara data kualitatif diambil ialah dengan:-

  • Temubual
  • Observasi
  • Bertulis
  • Perbincangan dalam talian

Data kuantitatif - data dalam bentuk angka ataupun peratusan. 
Data kualitatif - data dalam bentuk penulisan ataupun ayat.

  • Data kualitatif memerlukan proses 'coding' iaitu penyelidik perlu mencari kata kunci dan menggabungkan kata-kata kunci yang sama maksud dalam satu tajuk yang lebih besar.



  • Contoh Data Kualitatif ialah Data temubual,Data Observasi (pemerhatian), Data Bertulis, dan Cetakan Daripada Perbincangan Atas Talian.



Prinsip Menganalisis Data kualitatif

  • Melibatkan data reduction (ruding)
  • Analisis data reduction (ruding)
  • Melibatkan interpretasi penyelidikan
  • Berbentuk string atau ayat seperti temubual
  • Penulisan Laporan berbentuk naratif


Proses Menganalisis Data Kualitatif

  • step 1 - Baca data secara menyeluruh

  • step 2 - Masukkan kata kunci dalam kotak bersebelahan

  • step 3 - Setelah selesai, kategorikan kata kunci tersebut ke dalam tema yang lebih besar

  • step 4 - Analisis semua untuk melihat kemungkinan ada kata kunci yang   tertinggal

  • step 5 - Setelah selesai, persembahkan hasil dalam bentuk rajah pokok

Akhir kta pada minggu ini pembelajaran lebih menekankan aspek kualitatif.Saya telah membuat keyword dan seterusnya saya menghantar ke drob box dan yahoo group.Setakat itu sahaja coretan saya pada minggu ini..Selamat bercuti kepada sesiapa yang hendak balik ke kampung..Ingatlah orang yang tersayang..Assalamualaikum

Wednesday, 7 November 2012

REFLEKSI MINGGU KE-8

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera....
Bertemu kita kembali dalam kursus Komputer dalam Pendidikan ini,pejam celik dah masuk minggu kelapan kursus ini.Semakin lama,semakin banyak cabaran,dugaan yang datang bertubi-tubi dalam kursus ini.Pada minggu ini,saya mempelari sesuatu yang baru,iaitu..Statistical Package for Social Science (SPSS).SPSS diguna pakai untuk menganalisis data.


1.Kami dikehendaki mengexplore cara menggunakan SPPS.Cara membuka(mengguna dan menutup 

SPSS adalah..
- SPSS dibuka satu fail sahaja pada satu masa.
- Apabila buka fail kedua, fail pertama automatik tertutup
- Fail yang dibuka tersebut hendaklah dinamakan apabila membuka fail baru (save)
- Savekan sekerap mungkin apabila sedang memasukkan data kerana SPSS tidak dapat savekan data untuk anda secara automatik apabila berlaku gangguan.


Variable view
a. buka butang variable view
b. Name : id number untuk mengenal pasti setiap sampel / responden.
c. Type : numeric
d. Width : default adalah 8
e. Decimal : boleh diubah
f. Label : (soalan) atau menamakan variable dengan nama sebenar – lebih panjang
g.Values : menentukan makna nilai yang digunakan untuk memberi kod kepada variable.
Contoh ’jantina’.
- klik dalam kotak ’value’
- taip ’1’ dalam kotak value
- taip ’lelaki’ dalam kotak value label
- klik ’add’ dan ikut langkah yang sama bagi ’2’bagi perempuan’.
- klik OK apabila selesai
h. Missing : boleh biarkan kosong (None)
i. Columns : biasanya 8, boleh kecilkan ikut nama variable.
j. Measure : nominal, ordinal dan scale ikut jenis ukuran data(yang digunakan adalah nominal)

Cara-cara untuk menggunakan SPSS adalah..
~Tekan variable view
~Lengkap variable view dengan menuliss,no_id,umur,dan pelbagai jenis variable..


STEP 1




STEP 2
Pastikan anda menulis value samaada 1 atau dua kemudaian haruslah melebelkanya untuk lelaki dan perempuan.




STEP 3
Di bahagian label yang terdapat di dalam bahagian variable view,anda perlu memasukan soalan yang dibuat di buat sebelum ini.




STEP 4
Setelah semuanye selesai pergi ke data view dan haruslah memasukan jawapan yang ditulis di variable view.
klik di setiap kotak kosong untuk mengisi kesemua maklumat atau analisis yang diperolehi.




STEP 5
Setelah ciap memasukkan data,klik kepada data->Merge..dan klik kepada add variable dan add cases....pastikan variable adalah sama.




STEP 6
Selepas itu,saya klik Browse-> open file SPSS yang telah disimpan tadi. memasukkan data yang telah disimpan tadi.Seterusnya,klik kepada continue->dan mengaktifkan variables..pastikan variable adalah sama.dan klik ok untuk malihat samaada file/variable sama atau tidak.




STEP 7
Selepas itu,saya terus mengexplore SPSS ini dengan meneroka cara mempersembahkan data ke dalam bentuk jadual(frequency) dan graf.Cara untuk mempersembahkan data tersebut adalah dengan menekan butang analyze dan seterusnya menekan frequency.









STEP 7


                                                                                                                                                           DALAM BENTUK JADUAL


                                                                                                                                                             DALAM BENTUK GRAF




Itulah yang saya boleh kongsikan untuk minggu ini yang tak seberapa sangat.Pembelajaran pada minggu ini amat mencabar bagi saya.Selain itu banyak perkara bru yang saya pelajari pada minggu ini.Akhir kata saya ingin beterima kasih pada Puan fariza yang banyak memberi tunjuk ajar kepda saya.Hanya allah sahaja yang dapat memblas jasa baik Puan.




REFLEKSI MINGGU KE-7

Salam dan selamat sejahtera kepada semua,salam 1 Malaysia.....
  Pejam celik,pejam celik,dah masuk minggu ketujuh bagi kursus Komputer dalam Pendidikan ini.Jika diimbas kembali,pastinya teringat akan pada mulanya kursus ini,,memang banyak tekanan serta sering di marahi oleh Puan Fariza,kerana terlalu banyak kesilapan dibuat..hehehe,tapi semua itu dahulu,sekarang pembelajaran bertumpu pada diri sendiri.Hanya merujuk proforma.Tiada lagi sesiapa yang ingin ambil kisah tentang tugasan Komputer dalam Pendidikan sekarang.Eeeem,,rasanya bosan juga tiada orang nak marahkan kita nie,,hehe.
   Tugasan pada minggu 7 ini adalah dikehendaki untuk membuat mini research melalui tugasan yang lepas.Proses untuk membuat mini research ini,bagi saya amat menarik..Pada mulanya,saya dikehendaki melayari laman web tersebut untuk mengetahui pekara asas tentang cara dan proses dalam membuat/merangka soalan.3 Link URL tersebut adalah.:


Selepas itu,saya membuka Link untuk ke Survey Monkey melalui Link,www.surveymonkey.com....untuk menulis soalan melalui survaymonkey saya perlu membuka akaun terlebih dahulu.Selepas itu,saya terus sign in.Melaluinya,saya merangka dan terus menulis soalan mengenai tajuk tugasan saya,iaitu Perisian sumber Terbuka(OSS).
Cara-cara untuk membuat soalan di survey monkey adalah,

STEP 1

STEP 2

STEP 3





Selepas itu,saya postkan soalan tersebut ke Fb Groups saya,dan menjemput rakan-rakan untuk menjawab soalan saya.Terdapat pelbagai komen daripada rakan-rakan,Alhamdullilah..soalan saya di jawab oleh mereka..

















Tuesday, 6 November 2012

REFLEKSI MINGGU KE-6
Pada minggu ini kelas komputer dalam pendidikan telah dibuat di perpustakaan Tun Sri Lanang.Kelas tersebut dikenali sebagai kursus kemahiran maklumat.Kursus tersebut telah dibahagikan kepada 3 jenis iaitu gemilang,e jurnal dan thesis(online resources).Penerangan tersebut telah deberikan oleh pegawai PTSL itu sendiri.Penerangan ini lebih menekankan aspek bagaimana kita untuk mencari sumber seperti buku,jurnal dan artikel.Dalam taklimat ringkas tersebut,kami didedahkan dengan laman sesawang http://gemilang.ukm.my/untuk mengakses dan mencari buku secara online di internet. Laman sesawang ini direka khas bagi memudahkan pelajar dan pensyarah untuk mencari dan meminjam buku di PTSL. Bagi pengguna yang sudah ada tajuk buku yang ingin dicari, ia lebih mudah berbanding pengguna yang belum ada tajuk yang ingin dicari. Pengguna boleh mencari dengan menggunakan browse tetapi bagi pengguna yang tidak tahu tajuk sebenar buku tersebut boleh mencari buku tersebut dengan keyword.





 Selain itu, kami juga telah didedahkan tentang pencarian jurnal dan artikel pada taklimat itu. Untuk mencari jurnal dan artikel pula,pengguna boleh mencarinya melalui portal e-Journal. Semua jurnal dan artikel dalam pangkalan ini merupakan dalam dwibahasa iaitu Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu. Pangkalan data yang popular @ selalu digunakan ialah :-


                                                                                             


REFLEKSI MINGGU KE-5
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Pada mingu ini saya telah deberikan tugas oleh Puan Fariza pada akhir2 waktu iaitu pada lewat malam yang telah membuat kami menjadi kelam kabut untuk menyiapkan slide show yang diminta oleh puan Fariza.Dengan kerjasama yang erat antara saya dan zahid kami dengan tenangnya telah membuatkan slide show tersebut.Pembahagian kerja yang sistematik iaitu pembahagian tugas dengan betul telah membuatkan kami melaksanakan tugas tersebut dengan sempurna.Tajuk yang deberikan ialah tentang etika pengunaan berinternet atau lebih dikenali Netiquette.Selain dari itu,terdapat jugak tajuk2 lain yang diberikan kepada setiap kumpulan antaranya:-





  • 21st Century Skills
  • Thinking skills and ICT
  • Internet and Computer Security (Virus, Spam, Phishing) & Operating System
  • Original and Licensed software
  • Open sourse Software
  • Web 2.0 in education
  • E-Learning & Mobile learning
  • Online Forum
  • Netiquette original and licensed