Monday, 12 November 2012

REFLEKSI MINGGU KE-9
Assalamulaikum dan selamat sejahtera.
Pada minggu ke9 sebelum kami bercuti,kami telah didedahkan oleh Puan Fariza mengenai data kualitatif dimana fungsinya lain sama sekali dengan data kuantitatif.Merujuk tentang data kuantitatif data tersebut lebih cenderong dengan nombor,peratusan dan perpuluhan.Manakala Kualitatif pula lebih menerangkan aspek bukan dalam bentuk angka dan ianya haruslah membuat penilitian sebelum data dipungut dan hasilnya haruslah dibuat dalam ayat.Antaranya cara data kualitatif diambil ialah dengan:-

  • Temubual
  • Observasi
  • Bertulis
  • Perbincangan dalam talian

Data kuantitatif - data dalam bentuk angka ataupun peratusan. 
Data kualitatif - data dalam bentuk penulisan ataupun ayat.

  • Data kualitatif memerlukan proses 'coding' iaitu penyelidik perlu mencari kata kunci dan menggabungkan kata-kata kunci yang sama maksud dalam satu tajuk yang lebih besar.



  • Contoh Data Kualitatif ialah Data temubual,Data Observasi (pemerhatian), Data Bertulis, dan Cetakan Daripada Perbincangan Atas Talian.



Prinsip Menganalisis Data kualitatif

  • Melibatkan data reduction (ruding)
  • Analisis data reduction (ruding)
  • Melibatkan interpretasi penyelidikan
  • Berbentuk string atau ayat seperti temubual
  • Penulisan Laporan berbentuk naratif


Proses Menganalisis Data Kualitatif

  • step 1 - Baca data secara menyeluruh

  • step 2 - Masukkan kata kunci dalam kotak bersebelahan

  • step 3 - Setelah selesai, kategorikan kata kunci tersebut ke dalam tema yang lebih besar

  • step 4 - Analisis semua untuk melihat kemungkinan ada kata kunci yang   tertinggal

  • step 5 - Setelah selesai, persembahkan hasil dalam bentuk rajah pokok

Akhir kta pada minggu ini pembelajaran lebih menekankan aspek kualitatif.Saya telah membuat keyword dan seterusnya saya menghantar ke drob box dan yahoo group.Setakat itu sahaja coretan saya pada minggu ini..Selamat bercuti kepada sesiapa yang hendak balik ke kampung..Ingatlah orang yang tersayang..Assalamualaikum

1 comment:

  1. Waalaikumussalam .. mana refleksinya .. tertinggal di kampung ke? :P
    Mohon update !

    ReplyDelete